Sunday, July 8, 2012

fruity kek

Salam semua..

Hari ni gastrik Cik berry memang teruk...aduyai...risau plak dalam keadaan skang ni makan Gabescon selalu...aishhh...tak tahan rasanya...ari ni tinggal berdua aje ngn anak bujang, me Hubby ade sukan antara jabatan kat UKM....nampak gayanya tak masak lah...kita berdua gi makan kedai lah Tuah Miqail ya...

Walau apepun..untuk menambah koleksi resepi Cik Berry nak upload mabless fruity kek...Pic ni kira dah basi dah..dah lama dah masaknya..kali ni baru rerajin nak upload...

Resepi asal Cik Berry amik kat mablesss blogger masakan...sapa lagi.. CMG..tq ye ye CMG..memang best kek nih...

Jom kita kita tengok resipinya..

BAHAN-BAHANNYA:





100 gram mentega
150 gram gula kastor
3 biji telur, dipukul sedikit
60 ml susu cair*
1 camca teh bes minuman oren sunquick*(*disatukan dan kacau rata)
1 camca teh esen vanilla
210 gram tepung gandum
1 camca teh baking powder
500 gram campuran buahan segar digaul dengan 2 camca besar gula halus( CB guna Strawberry, kiwi dan nenas tin)

CARA MEMBUATNYA:
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, guna tin 8' x8', letak baking paper dan lanserkan sedikit mentega. Ketepikan.
  2. Putar mentega, gula dan bancuhan (susu & oren sunquick) hingga kembang. 
  3. Masukkan telur dan putar hingga sebati. Tambah esen vanilla. Kurangkan kelajuan serta masukkan tepung , baking powder tadi, gaul rata.
  4. Tuang dalam tin tadi dan ratakan. Susun buahan tadi atas permukaan adunan,.
  5.  Bakar 60 - 70 minit hingga kek masak. Kalau permukaan buahan nampak agak perang tapi kek belum masak, tutup dengan aluminium foil dan bakar kek hingga masak.
  6. Sejukkan kek atas jaringan sepenuhnya. Taraaa..siappppp...

Friday, July 6, 2012

Nasi Minyak Sempoi versi Kedai Ma Penor

Salam semua..

Pagi ni terlebih rajin plak...masak nasi minyak...Sarapan pagi bersama kawan2 opes...

Nasi Minyak Sempoi versi Kedai Ma Penor...

Kenapa nama resepinya begitu?????
Hahaaa....Sebelum berpindah ke Selangor...daku pernah berkhidmat di bumi bumi Pahang...dan my pabarate port makan2..ermmm walaupun small kedai @ kedai kopi..memang best... Mablesssss...
Okey..jom kita tengok resepinya ya :

Nasi Minyak



Bahan:
2 cwn beras (daku menggunakan beras biasa ajo-->SERINDIT)..Normaly guna beras basmati
1/2 tin susu cair
2 biji bawang merah * dimayang halus
3 biji bawang putih *
rempah 3 sekawan
marjerin (untuk menumis)
Air (mengikut sukatan beras
2 helai daun pandan

cara membuatnya:
1. Basuhkan beras dan toskan.
2.Panaskan marjerin, dan tumiskan 3 rempah sekawan sehingga naik bau, kemudian masukkan bawang yang telah dimayang.
3. Apabila bawang sudah layu, masukkan susu cair serta daun pandan...kacau seketika, kemudian masukkan beras yang telah ditos sebentar tadi beserta air mengikut sukatan.
4. Langkah sempoi..pindahkan beras yang telah ditumiskan tadi kedalam rice cooker...lagi copat n sonang...kalau nak teruskan niat memasan menggunakan dapur gas pun boleh aje...terpulang ya...


Kari Ayam



Bahan:
500g daging ayam
2cawan santan
1 1/2 paket rempah kari Adabi + 1/2 cwn air
2 biji bawang besar*
3 biji bawang putih*
rempah 3 sekawan
2 biji kentang
sedikit air
2 sudu readymade cili giling* (versi sempoi..andai boleh jerk guna cili kering ya)
garam

Cara membuatnya:
1. blend --> semua bahan bertanda *. Ketepikan.
2. Tumiskan rempah 3 sekawan sehingga naik bau, kemudian masukkan bahan yang dah diblend td.Bila sudah agak keperangan masukkan rempah kari yang dah dibancuh bersama air td..
3. Bila bahan2 tumis td masak (pecah minyak), masukkan daging ayam serta kentang bersama sedikit air, tutup penutup periuk,,biarkan seketika
4. Bila daging ayam serta kentang separa empuk..masukkan santan tadi..kacau seketika..masukkan garam sebagai perisa.





AKU DI opes

Sempat lagi Posing menempel nih...ni Pn Ayu punya kjo la nih...konon nak ngambik gambo untuk 5S...time tu jiran sebelahku..SuZY pun lum bersalin lagi..hahhhaaa....

Salam Jumaat semua..

Blog ni masih membeku lagi..masih belum sempat lagi nak letak ntry..isshhh..
Insyaallah...isshhh dah ade dah resepi2 nya..kesihatan agak kurang menizinkan...MORNING Sickness ku ni makin menjadi2..adoyai...cepat2 lah baik...doa2 ye kawan2... :)

Renung sejenak...


Ku minta pada ALLAH setangkai bunga segar,
ia berikan kaktus yang berduri...
Ku minta pula kupu-kupu,
ia berikan ulat...
Ku sungguh kecewa dan bersedih.
Namun tak lama kemudian,
kaktus itu berbunga indah sekali !
Dan ulat itu menjadi kupu-kupu yang sangat cantik...
DIA datangkan hujan, petir dan kilat ...
kita bersedih dan tertanya-tanya ke mana
menghilangnya matahari ...
Rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita
pelangi yang sungguh indah ....